Sudah semestinya anda pernah mendengar kes penipuan ‘macau scam’ yang telah memperdayakan ramai orang terutama sekali warga tua. Jenayah sindiket ini telah berleluasa dan menyebabkan kerugian hingga ratusan ribu.

Kebiasaannya, taktik yang sering dilakukan adalah dengan menyamar sebagai pihak berkuasa atau pegawai bank, dimana mereka akan menakutkan mangsa dengan tuduhan atau kesalahan yang palsu sehingga mangsa terpedaya. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa.

ALAMAK ūüėĪ POLIS KEDAH PUN KENA TIPU‚ÄľBiar betul‚ĚďSumber : Kpl Surayahttps://youtu.be/GDtWevcBT7s

Posted by Polis Kedah on Saturday, October 10, 2020

Terbaharu, sebuah video yang dimuatnaik melalui Facebook Polis Kedah telah mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, seorang anggota polis iaitu Koperal Suraya menerima panggilan dari ‘scammer’.

Untuk pengetahuan anda, pemanggil tersebut mendakwa dirinya ‘pegawai kastam’, lalu Koperal Suraya ‘layan’ panggilan tersebut sehingga scammer tersebut letak telefon.

Lantaran perkongsian tersebut, rata-rata netizen mengatakan seharusnya video seperti ini wujud untuk berikan kesedaran kepada orang ramai. Malah, ada juga yang berkongsi hampir pernah kena ditipu oleh ‘scammer’.

Screenshot 2020-10-12 at 9.40.03 AM

Screenshot 2020-10-12 at 9.44.27 AM

Screenshot 2020-10-12 at 9.40.24 AM

Apakah pandangan anda akan kegiatan ‘macau scam’? Pastikan anda tidak berkongsi maklumat peribadi anda.

Sementara itu, kami kongsikan kepada anda berita sensasi tentang kegiatan ‘macau scam’ ini. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’

Kena Tempias Isu ‘Cuci Duit’, Sharnaaz Ahmad Tegur Netizen Yang Seru Boikot Perniagaan Bubble Bee

Pengurus Sahkan Shuib Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM Untuk Diambil Keterangan

 

Anda Mungkin Suka