Seorang anggota polis telah membuat laporan polis berhubung satu video yang tular di media sosial Facebook, di mana seorang pengguna dikejar oleh sekumpulan lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota penguatkuasa.

Memetik kenyataan rasmi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kulai Johor, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di KM 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara bersebelahan susur keluar Plaza Tol Sedenak, Kulai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Suspek dipercayai tiga lelaki bangsa tidak pasti memakai pelitup muka dan menggunakan lampu beacon biru seakan pasukan polis telah cuba menahan mangsa dengan membuat isyarat tangan agar mangsa memberhentikan kereta yang dipandu.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya,” petik kenyataan IPD Kulai Johor.

Menerusi hantaran Facebook Grace Hsieh dan Freeman Gan WT, video yang dikongsikan mereka menunjukkan sebuah Honda City dengan nombor pendaftaran AGA 9161 cuba menghalang kereta mereka yang dalam perjalanan menuju ke Genting Highlands dari Singapura.

Semasa Honda itu berada bersebelahan dengan kereta mereka, kelihatan penumpang hadapan memakai jaket polis, memegang lampu beacon dan memberi isyarat tangan supaya mereka menghentikan kenderaan.

Sementara itu, penumpang belakang pula dilihat mengelip-gelipkan lampu putih sambil memakai topeng badut.

Ketika aksi kejar-mengejar berlaku, Grace dan rakannya menelefon 999, anggota polis bertugas bertanya lokasi kejadian, dan memberitahu mereka untuk tidak menghentikan kereta.  Jika mereka masih dikejar, Grace diminta untuk pergi ke balai polis terdekat.

Tidak lama kemudian, mereka tidak lagi diekori dan pada pukul 8.10 pagi mereka berhenti di kawasan orang ramai untuk sarapan.

Menurut Grace, dia dan rakannya telah menghubungi inspektor yang bertanggungjawab dalam kes tersebut. Dan polis telah terlibat dalam penyiasatan kejadian ini.

Grace juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai dan berterima kasih kepada polis atas bantuan mereka semasa kejadian tersebut berlaku.