Sekitar jam 2 petang semalam, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, terpaksa menyamar sebagai penghantar makanan bagi menyerbu satu unit kediaman di sebuah residensi mewah di Jalan Pudu yang dipercayai sedang rancak menjalankan aktitviti perjudian kasino, lapor Berita Harian.

Serbuan berjaya dilakukan selepas pihak Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ, Kuala Lumpur, menerima maklumat daripada orang awam lalu pantas melakukan risikan sejak beberapa hari lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Setelah menerima maklumat, pihak polis terpaksa menyamar sebagai penghantar makanan GrabFood untuk ke kediaman suspek bagi memastikan suspek membuka pintu rumahnya supaya memudahkan serbuan yang dilakukan.

“Hasil pemeriksaan telah mendapati seramai 13 individu termasuk dua wanita tempatan dan seorang lelaki warga Perancis berada di dalam kediaman berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, ada juga beberapa pemain yang sedang leka bertaruh kasino di dalam sebuah bilik dan ruang tamu kediaman tersebut,” kata Timbalan Ketua JSJ, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor ketika serbuan tersebut.

Tambah Nasri yang berkata, siasatan awal turut mendapati aktiviti perjudian di unit kediaman yang berada di tingkat ke-34 berkenaan akan beroperasi setiap hari bermula pada jam 2 petang sehingga jam 7 pagi semasa Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

“Pemain turut terdiri daripada kalangan individu yang rapat dengan pengajur dan mereka yang melakukan pertaruhan perlu melakukan pembayaran menerusi sistem perbankan dalam talian,” kata Nasri.

Tambah kecewa apabila Nasri turut menjelaskan bahawa aktiviti kasino ini dianjur oleh seorang lelaki warga tempatan. Dalam pada itu, pihak polis telah merampas dua meja kasino, 104 keping kad terup, 913 keping cip yang bernilai RM5, RM25, RM100, dan RM500 serta sejumlah wang tunai.

Lelaki ini dedah punca sebenar kenapa ramai bangsa Cina yang positif COVID-19 selepas pulang bermain kasino di Genting Highland. Baca menerusi pautan di bawah. 

Lelaki Ini Dedah Punca Ramai Bangsa Cina Di Alor Setar Positif COVID-19

Kerajaan Benarkan Kasino Genting Highland Beroperasi, Magnum 4D Tawar Hadiah Bernilai RM16 Juta

Taktik Licik Perjudian Dalam Talian Guna Imej Wanita Bertudung Untuk Tarik Pelanggan Melayu

Sumber