Setiap kali sesebuah negara menjadi tuan rumah untuk satu acara, sudah pasti pihak kerajaan akan membelanjakan sejumlah wang yang agak besar untuk memastikan para tetamu dari negara luar mendapat layanan istimewa.

Baru-baru ini Menteri Kewangan Papua New Guinea (PNG), John Pundari telah mengumumkan penjualan harga murah model sedan mewah Maserati Quattroporte yang dibeli oleh pihak kerajaan pada 2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semasa sidang kemuncak APEC berlangsung di negara itu pada tahun tersebut, pihak kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang untuk menyediakan peserta dengan kereta-kereta mewah seperti 40 buah Maserati Quattroporte, 3 buah Bentley Flying Spur dan beberapa ratus buah lagi kereta biasa.

Keputusan tersebut telah mendapat tentangan daripada rakyat serta tetamu acara sidang kemuncak tersebut. Ramai pihak mengatakan ia satu pembaziran kerana membelanjakan berjuta-juta dolar wang negara untuk pengangkutan mewah.

https://www.youtube.com/watch?v=ZSFvX_vJIAQ

Walhal 40% penduduk negara itu hanya mempunyai pendapatan kurang daripada USD1 (RM4.18) sehari. Malah sebilangan tetamu APEC-2018 enggan menggunakan kenderaan khas yang disediakan untuk mereka seperti Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Kereta Maserati diterbangkan ke negara itu dengan menyewa sebuah jet jumbo selepas pihak kerajaan membelinya daripada seseorang dari Sri Lanka. Setelah tiga tahun berlalu, dilaporkan pihak kerajaan hanya berjaya menjual beberapa buah kenderaan sahaja sejak sidang kemuncak tersebut berakhir.

“Sekiranya kami memiliki pandangan jauh, kereta-kereta Maserati itu tidak akan dibeli sejak awal lagi. Kami telah melakukan kesalahan yang dahsyat. Sekiranya anda tidak mempunyai pengedar Maserati di PNG, tidak ada alasan untuk rakyat PNG membeli Maserati,” kata Pundari.

Kini semua model Maserati Quattroporte tersebut dijual pada harga lebih murah (RM476,500/seunit) berbanding harga asal (RM627,300) bagi menarik minat orang ramai untuk membeli kereta-kereta tersebut.

Sementara itu, Mark Zuckerberg dilaporkan menghadapi kerugian sehingga RM29 bilion gara-gara Facebook gagal diakses oleh pengguna seluruh dunia selama 6 jam.

Gagal Diakses Selama 6 Jam, Mark Zuckerberg Dilaporkan Rugi RM29 Bilion

Santai Sarung Kain Batik Ketika Mesyuarat, Mat Salih Ini Raih Perhatian Netizen

Agensi ‘Pilih Kasih’ Larang Lisa Blackpink Hadiri Minggu Fesyen Paris, Peminat Tuntut Keadilan

Sumber