Huawei, telefon pintar yang digunakan secara meluas di seluruh dunia adalah milik Ren Zhengfei, seorang ahli perniagaan China yang telah membina empayarnya. Dia memiliki seorang anak perempuan dari isteri kedua yang bernama Annabel Yao. 

Berusia 22 tahun, Annabel adalah pelajar jurusan Sains Komputer di Harvard. Dia mempunyai impian untuk menyelusuri bidang perniagaan dan ekonomi. Annabel juga aktif dalam bidang seni apabila pernah melibatkan diri sebagai penari balet profesional di Harvard Ballet Company. Dia sebenarnya aktif menari balet sejak berumur 15 tahun lagi ketika tinggal di Shanghai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/B9ft1lJgG9C/

Annabel telah menarik perhatian golongan bangsawan di China dan Eropah apabila terpilih untuk mewakili China dalam satu majlis tari menari di Le Bal des Debuntantes di Paris pada November 2018. Untuk rekod, acara ini hanya boleh disertai oleh gadis berusia 16 hingga 21 tahun yang mempunyai rupa yang cantik dan lahir dari keluarga ternama.

Selain beliau, terdapat lagi 19 gadis cantik yang layak yang berasal dari Amerika Syarikat, Jerman, Hong Kong, Belgium, India, Filipina dan Portugal. Sebelum acara kemuncak, mereka akan mempunyai sesi beramah mesra, menjalani latihan tarian dan bertemu dengan jejaka dari keluarga bangsawan di serata dunia.

https://www.instagram.com/p/Br3qtIRgHnF/

Selain itu, mereka juga akan mengada sesi fotografi sambil memperagakan gaya fesyen terkini yang digemari oleh mereka. Peserta yang lahir dalam keluarga bangsawan ini akan turut ditemuramah oleh wartawan dengan soalan-soalan yang ditujukan lebih kearah fesyen pilihan masing-masing.

Annabel mengakui bahawa dia memiliki segala-galanya dan bersyukur dengan apa yang dia ada. Disebabkan itu, baginya, sangat penting untuk mereka yang memiliki segala kekayaan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.

https://www.instagram.com/p/BuUZQlAAqAp/

“Seboleh-bolehnya saya mahu melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan dan kebajikan serta lebih selesa menganggap diri saya seperti gadis biasa lain. Yang perlu bekerja keras untuk berjaya dan berusaha menjadi individu yang lebih baik setiap hari,” katanya.

Kehidupannya tidak berkisar tentang tarian balet dan juga fesyen. Annabel juga dilaporkan gemar untuk mengelingi dunia. Dia sering dilihat menghabiskan masa dengan bercuti ditempat-tempat mewah dan Paris adalah tempat yang disukainya.

https://www.instagram.com/p/Bx1wo7ugBJ4/

Selain itu, anak muda berusia 22 tahun ini benar-benar menjalani kehidupannya dengan gembira, tanpa mempunyai masalah keluarga. Tidak seperti kakak tirinya Meng Wanzhou yang ditahan di Kanada setelah AS menuduh Huawei melakukan jenayah kewangan. Annabel Yao tidak mahu mencampuri urusan perniagaan keluarganya dan membiarkan ayah dan kakaknya yang menguruskan perniagaan tersebut.

Selain itu, Jho Low, individu yang kontroversi di Malaysia dilaporkan memiliki banglo mewah yang berharga RM81 juta, klik pautan di bawah.

Banglo Mewah Milik Jho Low Di Los Angeles Bernilai RM81 Juta Bakal Dijual Separuh Harga

Bill Gates Bukan Lagi Manusia Kedua Terkaya Dunia

500 Manusia Terkaya Dunia Rugi RM411 Bilion Akibat Kejatuhan Pasaran Saham