Tidak dapat dinafikan, banyak sektor yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19. Tahukah anda bahawa Zoo Negara mungkin ditutup kerana kekurangan dana?

Terbaharu, Zoo Negara dikhabarkan hanya mampu bertahan hingga April ini kerana bekalan kewangan yang tidak mencukupi. Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly Ahmat Lana, setakat ini pihaknya masih mampu menampung kos operasi termasuk keperluan makanan haiwan serta gaji pekerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambahnya, dana yang ada ketika ini mencukupi bagi kos operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal berakhir 18 Februari ini tetapi akan berdepan masalah kewangan jika PKP dilanjutkan untuk tempoh yang lebih panjang.

Jika dilanjutkan, pihak Zoo Negara terpaksa merayu kepada kerajaan supaya memberi kebenaran beroperasi atau mencari kaedah lain untuk membantu pertahankan Zoo Negara. Hasil pendapatan Zoo Negara yang bergantung kepada jualan tiket terjejas kerana tidak dibuka sepanjang PKP.

Bukan itu sahaja, Zoo Negara juga kurang menerima sumbangan seperti makanan haiwan sejak PKP dilaksanakan tahun ini berbanding PKP tahun lalu. Untuk pengetahuan anda, kempen haiwan angkat yang dilancarkan Zoo Negara pada tahun lalu masih lagi diteruskan namun sambutannya sudah berkurangan.

Selain Zoo Negara, industri pelancongan antara yang teruk terkesan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Bukan Setakat Manusia, Haiwan Di Zoo Negara Juga Dapat Bantuan Ustaz Ebit Liew

Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?

Sumber