Tujuh bulan selepas melancarkan A35 sedan, Mercedes-Benz Malaysia pada minggu ini telah melancarkan Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan. Model yang diumumkan pada kali ini hadir dengan prestasi yang lebih kuasa serta kemasan kosmetik yang lebih sporty khusus buat mereka yang mahukan kelajuan dan penggayaan.

Mengulas dari segi prestasi, model ini dilengkapkan dengan enjin M260 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 306 kuasa kuda dan 400Nm tork. Gabungan bersama AMG Spedshift 7G dual clutch sekaligus memberikan kelajuan dan kepantasan buat model ini. Lebih menarik, A35 sedan AMG ini mampu memecut 0-100km/h dalam tempoh 4.8 saat sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model ini turut diberi kemasan kosmetik dengan penyertaan pakej grill AMG, bersama bodykit yang tampak lebih sporty. Rim 19-inci antara yang disertakan bersama beberapa lagi aksesori lain.

mercedes-benz-a-class_100698685

Screen Shot 2019-09-25 at 9.02.13 AM

Screen Shot 2019-09-25 at 9.02.00 AM

1901.a35.0140
Sumber: whatcar

Tidak hanya memfokuskan kepada bahagian luaran dan prestasi semata-mata, model Mercedes baru ini juga turut diperkenalkan dengan sistem media Mercedes-Benz User Experience (MBUX) 10.25-inci dengan pengecaman suara ‘Hey Mercedes’ antara yang menyerikan lagi model ini.

Dari segi harga, Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan ini mula ditawarkan dengan harga RM348,888 tanpa insuran iaitu RM81,000 lebih tinggi berbanding model bukan AMG namun prestasi yang ditawarkan pastinya membuatkan para pemandu merasa berbaloi dengan apa yang dilaburkan.

Kami kongsikan kepada beberapa artikel lain berkaitan Mercedes-Benz. Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model terbaru Mercedes serta kos penjagaannya.

Mercedes-Benz A Class Sedan Mula Dijual Dengan Harga RM 229,888

‘Kos Tersembunyi’ Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Memiliki Mercedes-Benz A45 AMG

Mercedes-Benz Memperkenalkan Model CLA 250 Coupe 2020