Sebut mengenai jenama Mercedes-AMG pasti orang ramai cukup mengenalinya. Mempunyai rekod yang baik dalam menawarkan kereta mewah dengan prestasi yang hebat membuatkan para peminatnya sanggup mendapatkannya dengan harga yang mahal.

Terbaharu, Mercedes-AMG memilih untuk berkolaborasi bersama jenama Hartan Kinderwagen dalam melancarkan siri Avantgarde yang merupakan kereta sorong mewah buat para bayi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

120425928_3686396224717764_8225464558473133802_o

Bukan sekadar kereta sorong bayi yang biasa, kolaborasi dua jenama ini telah tampil dengan rekaan yang lebih ergonomik serta premium. Penggunaan tayar yang besar, suspension serta brek yang berkualiti tinggi memastikan para pembelinya menerima pakej terbaik dalam sebuah kereta sorong bayi.

Apa yang menarik perhatian ramai pada kereta sorong yang diperkenalkan pada kali ini sudah pastinya elemen AMG yang ditampilkan menerusi penyertaan rim sukan daripada AMG.

120535841_3686396048051115_1992729471395616849_o

120540660_3686396018051118_550578781622888586_o

Selain itu, tempat duduk buat para bayi juga dilaporkan menggunakan kemasan yang sama seperti kereta keluaran Mercedes-AMG. Penggunaan material aluminium pada kereta sorong ini membolehkan model ini hadir dengan berat serendah 8.9kg sahaja.

Pengumuman kolaborasi dua jenama ini nampaknya berjaya menarik perhatian ramai khususnya peminat Mercedes-AMG serta pencinta kelajuan. Berikut merupakan antara soalan yang diajukan pada Facebook Mercedes-AMG.

Screen Shot 2020-10-01 at 11.39.41 AM

Screen Shot 2020-10-01 at 11.42.01 AM

Screen Shot 2020-10-01 at 11.42.06 AM

Untuk pengetahuan, Mercedes sebelum ini pernah berkolaborasi bersama Hartan Kinderwagen namun pada kali ini gabungan bersama jenama AMG pastinya membuatkan model terbaharu ini tampil lebih premium.

Setakat ini, pihak Hartan Kinderwagen masih belum mengumumkan harga rasmi bagi kolaborasi kereta sorong bayi mereka namun berdasarkan keluaran lalu, model ini bakal ditawarkan dengan harga bermula daripada £785.00 (RM4,211.69) tidak termasuk aksesori tambahan serta penghantaran.

Pada minggu lalu, BMW secara rasminya telah melancarkan generasi baharu BMW M3 dan M4.

BMW Perkenalkan Generasi Baharu M3 Dan M4 Dengan ‘Kidney Grill’ Yang Lebih Besar

Kereta Elektrik Porsche Taycan Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM725,000