Sekiranya beberapa bulan sebelum ini Mercedes telah melancarkan model generasi terbaru A45 dan CLA 45, pada kali ini kedua-dua model ini hadir denganmodel yang lebih berkuasa dengan prestasi enjin yang dipertingkatkan melalui variasi Mercedes-AMG versi S.

Dari segi rekaan, Mercedes-AMG A 45 S hadir dengan model hothatch manakala CLA 45 S dikhususkan buat mereka yang mahukan model sedan dengan enjin yang berkuasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

18c0972_059

18c0972_063

Berbeza dengan model CLA 45, Mercedes-AMG versi S yang merujuk kepada speed ini turut diberi kemasan dari segi luaran melibatkan aksesori, spoiler serta sport rim dengan saiz 19-inci.

Tidak sah rasanya jika membincangkan model Mercedes-AMG tanpa menyentuh soal prestasi enjin. Berkongsi enjin yang sama, kedua-dua model ini hadir dengan enjin 2.0 liter dengan 382 kuasa kuda dan 480 Nm tork dimana pecutan 0-100km/h mampu dilakukan dalam 3.9 saat sahaja.

Setakat ini pihak Mercedes-Benz Malaysia masih belum mengongsikan tanda harga dua model sexy ini. Melihat kepada keterujaan orang ramai serta model generasi sebelumnya, tidak mustahil model ini bakal dijual dengan laris dalam dan luar negara.

mercedes-amg-cla-45-4matic-2019 (3)

mercedes-amg-cla-45-4matic-2019

mercedes-amg-cla-45-4matic-2019 (2)

mercedes-amg-cla-45-4matic-2019 (1)

Sumber