Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model facelift bagi Mercedes-Benz C-Class Coupe facelift C205 untuk pasaran tempatan. Bagi model ini, ia dilancarkan dalam dua varian iaitu C 200 dan C 300, malah untuk model ini hadir dalam bentuk AMG Line.

Dalam pada itu, model kereta ini tidak mempunyai perubahan yang ketara daripada model sedan Mercedes-Benz C-Class W205 facelift, iaitu bampar dan lampu hadapan diperbaharui dan lampu belakang LED yang direka berbeza menampakkannya lebih elegen.

Model C 200 Coupe menggunakan unit 1.5 liter dengan twin-scroll turbo manakala C 300 pula hadir dengan kapasiti enjin lebih besar iaitu 2.0 liter twin-scroll turbo. Yang pasti, kedua-dua enjin ini dapat menawarkan kelajuan yang tinggi untuk pengguna.

Selain itu, antara penambahbaikan bahagian dalam adalah terdapat roda stereng baharu, panel instrumen digital penuh serta skrin LCD 12.3 inci dengan pilihan tiga gaya paparan iaitu Classic, Sport dan Progressive.

Harga jualan untuk Mercedes-Benz C 200 Coupe AMG Line adalah RM346,888 manakala C 300 Coupe AMG Line pula RM416,888.

Mercedes-Benz-C200-Coupe-AMG-Line-facelift2

Mercedes-Benz-C300-Coupe-AMG-Line-facelift47-

56

55

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →