Pernah terfikir berapa banyak kereta mewah yang boleh dijual di Malaysia dalam satu tahun? Mercedes-Benz baru-baru ini telah mengumumkan rekod jualan pada 2015 memperlihatkan peningkatan 56 peratus kepada 10,845 unit daripada 6,932 unit pada tahun sebelumnya.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Dr Claus Weidner berkata MBM menjual kenderaan penumpang dalam pelbagai kategori dengan limosin keluaran tempatan iaitu C-Class, E-Class dan S-Class menerajui jualan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Weidner berkata kenderaan kompak MBM terus mencatat pertumbuhan jualan yang stabil, meningkat 21 peratus kepada 2,811 unit dengan model CLA merekodkan jualan tertinggi sebanyak 959 unit diikuti A-Class (832 unit) dan GLA (816 unit).

Kejayaan MBM ini juga disokong oleh kilang pengeluaran di Pekan yang berjaya mengeluarkan 7,710 kereta tahun lepas dan beroperasi dua syif bermula April tahun lepas.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram