Hampir setahun dinantikan para peminat Mercedes, akhirnya Mercedes-Benz Malaysia (MBM) pada hari ini telah melancarkan tiga model yang dinantikan ramai iaitu Mercedes-AMG A 35 Edition 1, A 45 S Edition 1 dan CLA 45S Coupe secara langsung menerusi akaun rasmi Facebook dan Youtube MBM.

Dari segi rekaan, Mercedes-AMG A 35 dan A 45 S hadir dengan model hothatch manakala CLA 45 S dikhususkan buat mereka yang mahukan model sedan dengan enjin yang berkuasa.

Photo 2 (3)

1-mercedes-amg-a45s-2020-rt-hero-front
Mercedes AMG A 45 S Edition 1. sumber: autocar

yellow-mercedes-amg-a-45-s-4matic

14-mercedes-amg-a45s-2020-rt-steering-wheel
Sumber: Autocar

Berbeza dengan model CLA 45, Mercedes-AMG versi S yang merujuk kepada speed ini turut diberi kemasan dari segi luaran melibatkan aksesori, spoiler serta sport rim dengan saiz 19-inci.

Tidak sah rasanya jika membincangkan model Mercedes-AMG tanpa menyentuh soal prestasi enjin. Menerusi model Mercedes-AMG A 45 S Edition 1, model ini hadir dengan enjin 2.0 liter dengan 416 kuasa kuda dan 500 Nm tork dimana pecutan 0-100km/j mampu dicapai dalam tempoh 3.9 saat sahaja. Model ini turut mempunyai had kelajuan yang tinggi sehingga 270km/j.

mercedes-amg-cla-45-4matic-2019 (3)
Mercedes CLA 45S Coupe

mercedes-amg-cla-45-4matic-2019

mercedes-amg-cla-45-4matic-2019 (2)

mercedes-amg-cla-45-4matic-2019 (1)

Harga

Mercedes AMG Malaysia

Menerusi pelancaran secara atas talian yang dibuat pada hari ini, Mercedes-Benz Malaysia telah mengumumkan harga bagi ketiga-tiga model yang dilancarkan dimana Mercedes A35 Edition 1 hadir dengan harga RM379,888.

Dua model daripada keluarga AMG iaitu Mercedes-Benz CLA 45 S Coupe hadir dengan harga RM448,888 manakala AMG A 45 S Edition 1 ditawarkan pada harga RM459,888. Sebuah harga yang premium untuk jentera dengan rekaan yang sangat memukau beserta enjin yang penuh kuasa.

Bulan lalu menyaksikan Nissan melancarkan model GT-R50 yang tampil dengan rekaan yang lebih moden dan garang beserta enjin yang lebih berkuasa.

Nissan GT-R50 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM4.7 Juta

Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan Dilancarkan Dengan Harga RM348,888

Sumber