Mercedes-Benz baru-baru ini telah memperkenalkan model terbaru yang merupakan generasi kedua yang serba baru bagi model coupe empat pintu iaitu CLA 250 Coupe 2020.

CLA 250 Coupe ini hadir dengan enjin 2.0 turbocharged serta dilengkapkan dengan 221 kuasa kuda dan 350 Nm tork antara 1 800 hingga 4 000 rpm.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model Mercedes baru ini juga turut diperkenalkan dengan sistem media Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dimana ianya boleh mengenal pasti arahan pergerakan daripada pemandu dan penumpang di tempat duduk hadapan.

Sedikit maklumat lain mengenai CLA terbaru ini adalah ianya juga dilengkapi dengan lampu utama halogen dengan lampu siang LED serta lampu belakang yang mempunyai teknologi LED penuh. Selain itu, model ini menawarkan unit rim yang bermula daripada saiz 16 inci standard sehinggalah 19 inci.

Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai model Mercedes terbaru ini, anda boleh lawati laman web Mercedes. Setakat ini pihak Mercedes-Benz Malaysia masih belum mengongsikan pada harga berapakah model ini bakal mula dijual.

https___hypebeast.com_image_2019_01_mercedes-benz-2020-cla-250-coupe-reveal-1 https___hypebeast.com_image_2019_01_mercedes-benz-2020-cla-250-coupe-reveal-2 https___hypebeast.com_image_2019_01_mercedes-benz-2020-cla-250-coupe-reveal-4

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.