Peminat tegar Star Wars pastinya sudah tidak sabar untuk menunggu bulan Disember untuk menonton karya terbaru dari franchise Star Wars, Rogue One: A Star Wars Story™! Wayang ini merupakan karya spin-off pertama untuk franchise terkenal ini.

Jadi apa yang dimaksudkan dengan spin-off ini? Spin-off biasanya merujuk kepada penceritaan khas yang tidak disebut secara khusus dalam plot sebenar sesebuah filem. Tetapi ianya tetap akan berhubung kait rapat dengan Star Wars sendiri. Jadi untuk karya Rogue One: A Star Wars Story™ ini, satu kumpulan hero khas akan menjalankan misi ‘mencuri’ pelan kapal Death Star. Awesome betul mereka nak rampas pelan kapal yang semestinya dikawal ketat oleh Darth Vader.

Pasaraya terkemuka negara, Giant ada berita baik untuk anda. Bermula 3 November 2016 sehingga 31 Disember 2016, Giant akan melancarkan merchandise rasmi Rogue One: A Star Wars Story™! Barangan seperti Tin Lunch Box, Travel Luggage, Death Star Umbrella dan Drawstring Bag boleh dibeli dan dikumpul oleh para peminat. Lebih menarik adalah terdapat stamp khas yang anda perlu kumpul dan boleh tebus merchandise ini dengan harga discount!

photo_2016-10-31_10-18-42

Bagaimana caranya untuk dapatkan stamp khas ini? Apabila anda berbelanja di Giant sebanyak RM30, terus anda dapat 1 stamp. Mudah kan? Jadi anda hanya perlu kumpul 10 stamp untuk melayakkan anda membeli barangan rasmi Rogue One: A Star Wars Story™ pada harga yang lebih murah. Anda juga boleh dapat stamp khas ini jika anda mengisi minyak di Caltex dengan nilai RM30 atau membeli produk terpilih keluaran P&G. Cool!

Cukup sahaja anda kumpul 10 setem, anda dapat beli Drawstring Bag pada harga RM10.90 (harga asal RM35.90), Tin Lunch Box RM14.90 (harga asal RM49.90), Travel Luggage RM109.90 (harga asal RM399.90) untuk saiz 20′ atau RM149.90 (harga asal RM499.90) untuk saiz 24′ atau Death Star Umbrella RM29.90 (harga asal RM99.90). Memang harga istimewa betul kalau anda dapat kumpul stamp dan beli!

Kepada adik-adik yang masih bersekolah, jangan lupa singgah di Giant. Sebab apa perlu ke Giant? Sebabnya, sempena dengan kempen ‘Back To School’ yang akan bermula pada 17 November 2016 hingga 11 Januari 2017, Giant sudah sediakan pelbagai peralatan dan kelengkapan seperti beg sekolah, kotak pensil, set alat tulis, buku nota, botol air dan lunch box bertemakan Star Wars! Patung aksi figura juga akan turut dijual. Dengan ini, adik-adik dapat melangkah ke sekolah dengan penuh bergaya nanti. Yeah!

dsc_1183

star-wars

Perlu diingatkan semua merchandise ini adalah limited edition. Jadi para peminat Star Wars, merchandise Rogue One : A Star Wars Story™ ini adalah dalam kuantiti terhad dan jika ada item ini yang menarik di hati anda, kena cepat-cepat kumpul setem untuk anda membeli produk ini. Item kegemaran saya semestinya semua sekali! Mula sahaja 3 November, boleh terus serbu Giant untuk beli barangan rumah anda untuk dapatkan setem dan kumpulkan setiap barangan ini. May the Force Be With you!