Dalam usaha untuk menakluk Eropah, Adolf Hitler perlu memikirkan strategi untuk memasuki negara jirannya terlebih dahulu iaitu Perancis. Beliau merancang untuk menyerang negara itu melalui sempadan yang dilindungi oleh kubu-kubu konkrit dan untuk menembusinya, Hilter memerlukan satu senjata yang sangat kuat.

Pada tahun 1941, seorang pembuat senjata bernama Krupp A.G. mencipta satu senjata gergasi yang dinamakan ‘Gustav Gun‘ khas buat Hilter bagi mencapai cita-citanya. Meriam besar ini diberikan secara percuma sebagai tanda kesetiaan beliau terhadap Jerman dibawah pimpinan Hitler.

meriam terbesar dunia hitler

Gustav Gun mempunyai saiz yang sangat besar dan beratnya mencecah 1,350 tan dengan laras penembak sepanjang 155 kaki panjang. Ianya merupakan senjata pemusnah paling besar di dunia pada zamannya dan menyumbang kepada kejayaan Nazi menembusi pertahanan Perancis dengan mudah ketika perang dunia ke-2.

Selepas digunakan dalam beberapa siri serangan oleh Hilter, akhirnya pihak Nazi menyedari disebalik kekuatan Gustav Gun, ianya juga mempunyai banyak kelemahan yang sangat ketara. Antaranya meriam gergasi ini memerlukan trek landasan keretapi sendiri untuk bergerak daripada satu tempat ke tempat lain dan memerlukan tenaga askar yang ramai untuk dikendalikan. Menurut rekod, seramai 2000 orang askar dikerahkan untuk memastikan Gustav Gun beroperasi dengan baik. Selain itu, saiz mega meriam ini memudahkan pihak musuh untuk mengebomnya menggunakan serangan udara.

meriam terbesar dunia hitler

Anda boleh lihat sendiri bagaimana meriam gergasi, Gustav Gun ini beroperasi dan tahap kekuatannya dalam sebuah video dokumentari yang dikeluarkan oleh Top Secret Weapons di YouTube.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram