Umum mengetahui, larangan merokok di premis makanan telah dikuatkuasakan pada tahun 2020 dan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM250.

Terbaharu, tular di media sosial beberapa keping gambar pegawai polis merokok di premis makanan walaupun larangan merokok telah dikuatkuasakan. Lantaran gambar yang tular itu, netizen menzahirkan rasa marah kerana pegawai polis tersebut tidak menunjukkan teladan yang baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, polis telah menjalankan siasatan tatatertib terhadap sekumpulan anggota polis yang dikesan merokok dalam sebuah premis makanan di Pasir Puteh sepertimana tular di media sosial.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, tindakan itu diambil bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang pelanggaran tatatertib atau kod etika polis dilakukan anggota yang terlibat itu.

Hasil semakan mendapati, individu yang dipaparkan dalam gambar tular tersebut merupakan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Tambahnya, isu ini seharusnya disampaikan melalui saluran yang betul dan bukan sewenang-wenangnya melalui media sosial. Malah, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklum balas tentang kualiti perkhidmatan polis daripada orang awam.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Gagal Bayar Sewa 3 Bulan, Penyewa Sanggup Kurung Dan Tukar Kunci Pintu Rumah Pemilik

Tular Borang Pelepasan Negeri Lulus Sebelum Isi, Polis Sahkan Terdapat Pemalsuan Tandatangan

Sumber