Maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan alamat rumah adalah maklumat yang kita tidak akan kongsi dengan orang tidak dikenali kecuali berkaitan urusan rasmi. Bagaimana jika maklumat peribadi kita disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab?

Menurut laporan, seorang pengguna Twitter @nnnadzifah telah berkongsi dirinya diganggu anggota polis yang menahannya ketika sekatan jalan raya. Menurutnya, ketika sekatan jalan raya tersebut, beliau diminta berhenti di tepi dan memberikan maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon, kad pengenalan dan lesen.

Apa yang mengejutkan beliau, pihak polis tersebut bertindak menghubunginya bertanya sama ada boleh berkawan dengannya. Menurutnya, tindakan pegawai polis tersebut melanggar etika kerana menggunakan kuasa yang dimiliki untuk kepentingan diri.

Perkongsian tersebut berjaya menarik perhatian dan pihak polis telah meminta beliau untuk memberikan perincian kejadian agar siasatan lanjut dapat dilakukan.

Ketika ini, tiada kenyataan rasmi diberikan oleh Polis DiRaja Malaysia berhubung isu yang tular ini. Apakah pendapat anda perkara yang berlaku ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang trending di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Tidak Patuh SOP, 10 Individu Makan Semeja Di Shah Alam Dikenakan Kompaun

Dikompaun RM1,000 Sewaktu COD, Lelaki Ini Jelaskan Isu Surat Saman Yang Sedang Tular