Mesej dan gambar Rafika Alami, 17 tahun, dalam buku tahunan sekolah (yearbook) menjadi viral di internet di atas sebab yang nyata – she kicks ass.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mesejnya yang bermaksud “Satu-satunya sebab saya memakai ini (merujuk kepada tudung) hanya untuk memberi peluang kepada wanita-wanita lain”, menarik perhatian orang ramai untuk membincangkannya di Twitter dan Tumblr. Ramai yang sukakan keyakinan diri beliau.

Alami yang bersekolah di Summit High School, California berkata beliau melakukannya hanya kerana berasakan ianya lucu.

Walaupun ada yang berkata beliau merendah-rendahkan wanita lain, dan ada juga troll rasis, tetapi lebih ramai yang memberi ‘slay’ dan ‘G.O.A.T’ (Greatest of All Time) kepada beliau.

Ya, sebab penting kenapa ramai sukakannya adalah kerana – keyakinan diri beliau memakai tudung dan dilihat berbeza.

Keyakinan diri beliau mengingatkan saya kepada kata-kata seorang Pemenang Hadiah Nobel, Tawakkul Karman.

Tawakkul Karman, ibu revolusi Yaman berkata:

“Pada permulaan kewujudan, manusia hampir tidak berpakaian, dan apabila daya intelek manusia bertambah mereka mula memakai baju. Apa saya sekarang dan apa yang saya pakai ini menjadi simbol ketinggian pemikiran dan ketamadunan manusia pada tahap tertinggi, dan ianya bukanlah ketinggalan zaman. (Pengurangan dan) penyingkiran pakaian adalah sesuatu yang regresif dan membawa kita semula ke zaman purba.”

Semoga hari anda lebih menggembirakan setelah membaca artikel ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram