Disaat syarikat-syarikat lain mempamerkan teknologi melibatkan gadget serta telefon pintar, syarikat ini memilih haluan berbeza dalam mempamerkan teknologi pemakanan berasaskan roti.

Menamakan mesin mereka sebagai ‘breadbot’, mesin ini berjaya menggabungkan teknologi industri 4.0 dalam proses penyediaan roti. Apa yang membezakan breadbot berbanding mesin roti yang lain adalah kecekapannya untuk menghasilkan roti yang sempurna melalui pengesan sensor yang tersedia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ces2019-breadbot
Sumber: CNET

Selain itu, mesin ini juga tidak memerlukan pergantungan kepada manusia berikutan mesin ini mampu membancuh serta menghasilkan doh sebelum dibakar untuk dijadikan roti. Seterusnya para pelanggan berpeluang mendapatkan roti yang dimahukan secara terus melalui mesin layan diri yang tersedia di breadbot.

Nak tahu apa lebih best? Anda turut berpeluang memesan roti kepada mesin breadbot berdekatan seperti yang dimahukan bermula kepada pilihan gandum, jumlah sukatan bahan dan sebagainya serta memilih waktu yang ditetapkan untuk roti dibakar agar mendapat roti yang masih segar. Inovatif bukan?

wilkinson-bread-bot-product-photos-9
Sumber: CNET

Melihat kepada penawaran teknologi yang disediakan, kemungkinan breabot bakal menjadi mesin layan diri yang dimahukan pengguna pada masa akan datang. Setakat ini, breadbot cuma ditawarkan di Amerika Syarikat dan telahpun menjalin kerjasama bersama beberapa rangkaian kedai roti terkemuka.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.