Setakat tahun ini, kami yakin ramai daripada anda sudah tahu mendapatkan likes dan followers di media sosial dengan cara membeli bukanlah sesuatu yang baru. Tidak dilupakan juga dengan bot yang sering komen tidak kena pada tempatnya di ruangan komen Instagram.

Dalam pada itu, Russia nampaknya berjaya menjadi antara yang terawal untuk mengeluarkan teknik penjulan terbaru bagi mendapatkan likes dan followers melalui mesin yang diletakkan di mall. Mungkin juga mesin ini sengaja diletakkan di mall disebabkan ramai pengguna Instagram sering lepak di mall barangkali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikhabarkan dengan setiap 0.89 USD (~RM3.79) yang dibelanjakan pengguna bakal menerima sebanyak 100 likes manakala 100 pengikut Instagram didagangkan dengan harga 1.77 USD (~RM7.55). Adakah berbaloi bagi pendapat anda?

Melihat kepada inovasi mesin layan diri ini, mungkin juga mesin ini bakal menjadi trendsetter buat beberapa mesin media sosial yang lain seleaps ini.

Sumber