Sebelum ini, muncul dakwaan bahawa Janna Nick telah berpisah dengan kekasih hatinya, Dini Schatzman apabila memuat naik video mendedahkan statusnya ‘single’ lalu dipercayai telah ke Eropah untuk membawa hati yang berduka.

Terbaharu, Janna Nick telah memuat naik beberapa gambar yang memaparkan dirinya bersama seorang jejaka kelihatan mesra berpelukan dan baring di atas katil menerusi Instagram miliknya.

Baca Juga:

Untuk pengetahuan anda, gambar tersebut merupakan antara adegan dalam muzik video lagu barunya yang baru dilancarkan di YouTube. Perkongsian gambar tersebut telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali peminat Janna Nick.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Janna Nick seperti itu dan menegurnya kerana dilihat tidak tahu batas bahkan dia dengan lelaki tersebut bukanlah mempunyai sebarang hubungan ‘halal’.

Tidak hanya itu, para netizen turut berasa kecewa kerana Janna Nick seperti menomalisasikan aksi berpelukan dan bimbang akan mempengaruhi minda anak muda kelak. Malah, rata-rata netizen turut menasihatinya agar menjaga maruah diri.