Wan Kuzain Wan Kamal merupakan pemain bola sepak anak Malaysia pertama yang mencipta nama di Amerika Syarikat. Dikenali sebagai Messi Amerika, Wan Kuzain bermain di Kelab Swope Park Rangers dan baru baru ini telah menjulang kejuaraan USL Western Conference. Dia juga pernah tampil dalam skuad bawah 17 tahun Amerika Syarikat.

Ayahnya Profesor Dr Wan Kamal Napi menerusi Mstar memberitahu Kuzain akan balik ke Malaysia selama dua minggu untuk bercuti bersama abangnya. Beliau turut mengatakan untuk melihat Kuzain bermain di Liga Malaysia tidak akan mungkin berlaku kerana Kuzain seorang pemain profesional manakala Liga Malaysia adalah semi profesional.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambahnya lagi, mereka sekeluarga sudah menetap di Amerika Syarikat hampir 25 tahun dan akan terus menetap di sana. Ini menambahkan kesukaran untuk Kuzain bermain di Malaysia.

wan-kuzain-wan-kamal-vocket-1

wan-kuzain-wan-kamal-vocket-2

Sumber