Selepas menunjukkan prestasi yang mengecewakan pada Piala Dunia FIFA 2018 musim panas lalu, pemenang lima kali Ballon D’Or, Lionel Messi sekali lagi bakal mengumumkan pemergiannya dari pasukan bola sepak kebangsaan Argentina.

Menurut dari laporan dari TNT Sports, pemain bintang Barcelona kini sedang berehat seketika dari pasukan negaranya dan sedang mempertimbangkan untuk bersara buat kali kedua.

lionelmessiargentina0510

Dua tahun lalu pasukan Argentina telah mengalami kekalahan dengan negara Chile bagi pertandingan Copa America yang membuatkan Lionel Messi mengumumkan persaraannya. Walaubagaimanapunm beberapa bulan kemudian beliau kembali menyertai semula kem latihan Argentina.

Kali ini sekali lagi Messi menyatakan beliau tidak akan menampilkan dalam pasukan Argentina sepanjang tahun kalendar, beliau juga menyatakan beliau masih belum pasti lagi akan kembali untuk bermain bersama Argentina pada tahun hadapan. Pada Pertandingan FIFA 2018 Argentina kalah tipis di pusingan 16 dengan kepada Perancis 4-3.

988277934.jpg.0

Dengan umur sudah 31 tahun, Messi telahpun membuat penampilan bersama negaranya sebanyak 128 perlawanan dan berjaya menjadi penjaring gol tertinggi dengan 64 gol.