Lionel Messi mengumumkan persaraan beliau dari arena bola sepak antarabangsa apabila beliau gagal menendang masuk sepakan penalti di perlawanan akhir Copa America semalam. Ini adalah kali keempat Argentina gagal di final dalam masa sembilan tahun.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

“Ianya bukan untuk saya. Semuanya telah berakhir bagi saya. Saya telah cuba yang terbaik tetapi ianya pedih apabila anda tidak menjadi juara,” kata pemain berusia 29 tahun itu selepas mereka kalah di penentuan penalti kepada Chile.

Argentina dikalahkan 1-0 di final Piala Dunia tahun 2014 kepada German dan dua kali di final Copa America kepada Chile. Argentina juga kalah kepada Brazil pada Copa America tahun 2007. Ianya bagaikan serba tidak kena buat Messi walaupun beliau beraksi dengan sangat baik di peringkat awal Copa America tahun ini.

Messi yang mempunyai cap antarabangsa sebanyak 113 bersama negaranya merupakan penjaring terbanyak untuk Argentina buat masa ini dengan 55 gol. Keputusan Messi ini bakal memberi impak bagi persediaan Piala Dunia bagi skuad Argentina. “Ini adalah keputusan muktamad. Saya tidak akan mencuba lagi dan tidak akan mengubah keputusan saya ini,” tambah Messi.

Messi

Messi tidak dapat menahan sebak gagal memenangi Copa America

Perlawanan akhir Copa America pagi tadi berkesudahan 0-0 dan mengheret perlawanan ini ke penentuan penalti di mana Chile menang dengan keputusan 4-2. Lucas Biglia turut tersasar dari menjaringkan gol buat Argentina dan pemain gantian Chile, Francisco Silva menjaringkan gol akhir bagi Chile menjulang piala Copa America di East Rutherford, New Jersey.

Adakah keputusan Messi ini satu keputusan yang terburu-buru? Pada usia 29 tahun, ianya dianggap terlalu awal untuk Messi bersara. Apapun, all the best buat Messi.

messi back

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group