Sebut mengenai Lionel Messi dan Ronaldinho, pasti orang ramai cukup mengenalinya malah pada bukan peminat bola sepak. Berjaya menempa nama di FC Barcelona serta merangkul anugerah pemain bola sepak terbaik dunia antara yang membuatkan dua ikon ini dipilih menjadi idola buat orang ramai.

Walau bagaimanapun, Ronaldinho yang disukai ramai berikutan gaya permainan beliau yang hebat dan mengasyikkan di atas padang serta disukai ramai ternyata mempunyai sisi berbeza di luar padang.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →
NINTCHDBPICT000569049662

Sumber: The Sun

Sejak mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak, Ronaldinho seringkali dikaitkan dengan masalah disiplin. Pada minggu lalu sehingga dimasukkan ke penjara di Paraguay selepas disabit kesalahan keluar negara menggunakan pasport palsu.

Difahamkan tujuan beliau ke Paraguay adalah bagi menghadiri klinik bola sepak bagi membantu kanak-kanak di Paraguay serta melancarkan buku beliau. Meskipun menghadiri negara tersebut dalam niat yang baik, pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman berikutan penggunaan passport palsu.

Di sebalik tahanan yang dikenakan, Lionel Messi selaku bekas rakan sepasukan Ronaldinho dilaporkan sedia menghulurkan bantuan dengan membelanjakan sekitar €4 juta (RM19 juta) bagi melantik empat peguam dalam usaha untuk mengikat jamin Ronaldinho keluar dari penjara di Paraguay.

messi.ronaldinho.barcellona.1400×840

Untuk pengetahuan, duo ini pernah beraksi bersama dimana Ronaldinho merupakan salah seorang pemain penting dalam perkembangan karier Lionel Messi di FC Barcelona. Tindakan yang dilakukan Lionel Messi turut mendapat pujian netizen selepas beliau sanggup berbelanja besar bagi membantu rakan sepasukannya.

Berita yang tular ini walau bagaimanapun dinafikan Lionel Messi melalui laporan yang baru sahaja dikeluarkan The Sun dimana beliau dikatakan tidak bertindak untuk mengeluarkan sejumlah wang besar untuk ikat jamin Ronaldinho dari penjara di Paraguay.

Ikuti kronologi kisah Ronaldinho yang ditangkap oleh pihak berkuasa Paraguay selepas didapati menggunakan pasport palsu. Turut dikongsikan, gambar kehidupan Ronaldinho dalam penjara di Paraguay.

Ronaldinho Ditangkap Pihak Berkuasa Paraguay Selepas ‘Kantoi’ Guna Pasport Palsu

Gambar ‘Kehidupan’ Ronaldinho Dalam Penjara Di Paraguay Mula Tersebar

Anda Mungkin Suka