Sneakerhead rupanya Mesut Ozil ini. Koleksi kasut yang dimiliki beliau disusun kemas di dalam rak berkaca; tanda Ozil sayang kasut-kasut yang berada dalam simpanannya. Nampak beliau ada beberapa pasang Yeezy V1 & V2 serta Human Race. Itulah kelebihan menjadi duta untuk jenama Adidas. Dan tak sangka Mesut Ozil juga peminat setia jenama yang sedang hot ketika ini, Off White.

Mesut juga merupakan duta untuk jenama kereta Mercedes-Benz. jadi anda boleh lihat juga betapa canggihnya kereta yang dipandu oleh Ozil untuk kegunaan harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini baru koleksi kasut Mesut Ozil. Belum lagi koleksi kasut milik Neymar. Mungkin lebih banyak kerana Neymar memang terbukti seorang pengumpul kasut tegar. Ada kasut anda yang sama dengan salah satu model kasut yang berada dalam koleksi Ozil ini?