Pemain bola sepak yang terkenal dengan jumlah assist yang banyak, Mesut Özil pada hari ini mengumumkan di laman Twitter dimana beliau telah mengambil keputusan untuk bersara daripada skuad kebangsaan.

Keputusan yang dibuat oleh pemain bola sepak skuad Jerman ini dibuat ini setelah beliau telah menerima serangan berunsur perkauman dimana beliau digelar pendatang sejurus selepas prestasi hambar Jerman ketika edisi Piala Dunia 2018 baru-baru ini.

Selain itu, Mesut Özil yang mempunyai darah Turki turut menerima mesej berbaur ugutan berikutan gambarnya bersama Recep Tayyip Erdogan selaku presiden Turki. Berikutan kecaman yang diterima, beliau turut berkongsi kepada para peminat laporan penuh berikutan pengundurannya daripada skuad kebangsaan.

Nampaknya isu perkauman diantara para peminat bola sepak seluruh dunia masih belum selesai setakat ini.