Mula sebagai program untuk melatih disiplin dan undang-undang dikalangan anak muda, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) telah diputuskan bakal dimansuhkan serta-merta berdasarkan keputusan yang dibuat oleh mesyuarat kabinet.

Difahamkan pemansuhan ini dibuat bagi merangka sebuah program yang lebih berkesan buat anak muda. Setakat ini,pihak kerajaan sedang dalam proses untuk merangka sebuah modul baru bagi menggantikan kedua-dua program dan bakal dijenamakan sebagai ‘Youth of the Future’. Modul terbaru ini bakal berkait rapat pihak bersama pihak penting termasuk Khazanah Nasional Berhad.

doc78d9xu1l6o04bia873n
HYPE
Lebih Mudah Dan Efisien, Sejuta Pengguna Kini Bertukar Ke ‘Smart Meter’ TNB Untuk Kediaman Mereka
Baca lagi →

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sumber: REMAJA

Selain itu, beberapa kementerian lain bakal turut terlibat melibatkan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Mengulas mengenai kakitangan yang terlibat di dalam kedua-dua program ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan sejumlah besar kakitangan tetap dan kontrak bakal diserap ke dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Walaubagaimanapun, penentapan jumlah kakitangan yang bakal diserap bakal diumumkan kelak.

Anda Mungkin Suka