Apabila anda diiktiraf sebagai seorang yang berjaya, pasti segala gerak-geri anda diperhatikan agar boleh dijadikan contoh dan diikuti oleh orang lain dengan harapan dapat mencapai kejayaan seperti anda. Begitu juga dengan Steve Job.

Walaupun dia telah tiada, ramai orang masih menjadikan dia contoh tauladan. Salah satunya ialah cara-cara Steve Job menjalankan mesyuaratnya dan anda pasti terkejut apa yang telah dia lakukan supaya mesyuarat itu menjadi lebih efektif dan produktif.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

1. Tiada slaid PowerPoint.

Imej:  Justin Sullivan/Getty Images

Imej: Justin Sullivan/Getty Images

Steve Job tidak menyukai pembentangan formal kerana dia lebih menyukai orang yang bermesyuarat berdepan dengannya. Disebabkan itu Job tidak membenarkan penggunaan slaid PowerPoint. Dia mahu semua orang berfikir secara kritis dan kritikal tanpa bergantung dengan teknologi.

Baca: Jika Steve Jobs Sendiri Menghalang Anak-anaknya Menggunakan iPad, Apa Pula Tindakan Anda?

“Saya tidak suka cara orang menggunakan persembahan slaid dan bukannya berfikir,”…”Orang ramai akan menghadapi masalah dengan membuat pembentangan. Saya mahu mereka melibatkan diri, untuk meluahkan perkara-perkara di meja, bukannya menunjukkan sekumpulan slaid. Orang yang tahu tentang apa yang mereka bercakap (berfikir) tidak perlu PowerPoint.” kata Steve Job kepada Walter Isaacson, penulis buku biografi ‘Steve Job’.

2. Mesyuarat dengan kumpulan kecil.

Imej: AllAboutSteveJob.Com

Imej: AllAboutSteveJob.Com

Steve Job seboleh-bolehnya mahu bermesyuarat dengan sekumpulan kecil orang yang dirasakan memberi impak di dalam perbincangan.

Di dalam buku ‘Insanely Simple’, Ken Segall penulis bersama Steve Job menulis tentang orang baru yang tidak dikenali Job mahu menyertai mesyuarat. Job bertanya ‘Siapa awak?’ dan orang itu menerangkan siapa dirinya.

Setelah Job mendengar penerangan tersebut, Job meminta dengan sopan supaya orang itu meninggalkan mesyuarat berkaitan projek pemasaran itu.

“Saya tidak rasa kami memerlukan awak di dalam mesyuarat ini, Lorrie. Terima kasih,” kata Steve Job.

Baca: Buku Ini Banyak Mempengaruhi Gaya Pemikiran Steve Jobs. Kami Pun Tak Sangka
3. Memastikan setiap orang bertanggungjawab dengan setiap satu intipati agenda mesyuarat.

Imej: DesignCouncil.co.uk

Imej: DesignCouncil.co.uk

Salah satu faktor kejayaan bisnes Apple di peringkat global adalah kerana teras pemikiran Steve Job adalah “accountability mindset”.

“Accountability mindset” bermaksud satu proses dibawakan ke satu tempat di mana semua orang akan tahu siapa yang bertanggungjawab untuk apa. Apple menggunakan singkatan kod “DRI” yang bermaksud ‘directly responsible individual’.

Jadi, setiap agenda mesyuarat akan memaparkan nama orang yang bertanggungajawab terus dengan tugasan tersebut. Kaedah ini memberi banyak kebaikan untuk situasi startup. Malah, ia memberi satu rasa sayang dan ambil berat kepada mereka yang membawa DRI tersebut.

Baca: Steve Wozniak Co-Founder Apple Menerangkan Perbezaan Terbesar Antara Steve Jobs Dan Bill Gates

Menurut Gloria Lin yang dipindahkan dari kumpulan Apple iPod untuk mengetuai kumpulan produk Flipboard sebagai DRI, proses kerja melibatkan DRI ini adalah penting terutama bagi syarikat yang cepat berkembang.

Dia menyatakan perkara penting lupa diperkatakan di meja mesyuarat bukanlah kerana orang tidak bertanggungjawab tetapi mereka terlalu sibuk. Jadi, dengan DRI ini orang yang dipertanggungjawabkan akan mengambil tahu dan memberikan lebih perhatian projek yang dikendalikan seperti bayi dia sendiri.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka