Mark Zuckerberg dilihat sangat obses dengan idea metaverse sehingga sanggup melabur berbilion ringgit. Bagaimanapun, percaturan untuk fokis metaverse ini dilihat sangat berisiko dan berpotensi besar untuk gagal.

Menerusi laporan suku ke-4 tahun lalu, ternyata fokus metaverse yang diberikan oleh Mark Zuckerberg dilihat tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Baca Juga:

Sumber Gambar: CNBC

Syarikat Meta melaporkan secara rasmi bahawa mereka alami kerugian besar kira-kira $4.3 bilion (~RM20.3 bilion) menerusi metaverse division dan VR pada suku ke-4 tahun lalu. Bahkan, saham Meta juga merundum sebanyak 50% sejak tahun lalu.

Meskipun dilihat gagal mendapatkan pulangan menerusi platform metaverse, syarikat Meta masih berjaya menjana pendapatan berbilion ringgit daripada platform media sosial mereka termasuklah  WhatsApp, Instagram, Facebook dan Messenger.

Dalam pada itu, Mark Zuckerberg dilihat sangat optimis dan sanggup menghabiskan sejumlah wang yang besar hanya untuk mengembangkan teknologi metaverse meskipun mengalami kerugian pada saban tahun.

Beliau juga menegaskan prioriti bisnes masih kekal sama iaitu AI untuk sekarang dan metaverse untuk jangka masa panjang. Dalam menuju ke hadapan, syarikat Meta sedia melepaskan seramai 11,000 tenaga pekerja demi kelangsungan syarikat dalam beberapa tahun mendatang.

Sumber