Terma Web3 sering digunakan oleh sejumlah syarikat dalam melariskan produk serta mahu menjadi terawal di dalam hype itu. Web3 yang mana merangkumi kriptowang dan metaverse dijangka bakal mengubah landskap pengguna internet pada masa kelak.

Oleh itu, VERTU kini memperkenalkan METAVERTU iaitu sebuah peranti pertama yang menyokong Web3 di dalam penawaran mereka. Dengan peranti ini, pengguna mendapat akses eksklusif secara terus dan melakukan perkara berkaitan Web3. Mari lihat spesifikasi secara terperinci perantai METAVERTU.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

METAVERTU

Sumber Gambar: Metavertu

METAVERTU hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ serta sokongan refresh rate 144Hz. Selain itu, ia dijana cip Snapdragon 8 Gen 1 bersama memori 18GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB malah mempunyai storan cloud tersedia khas sebesar 10TB buat pemiliknya.

Bateri sebesar 4,400mAh ini menyokong pengecasan pantas 55W yang membolehkan peranti dicaj penuh secepat 20 minit sahaja. Dari segi fotografi, kamera utama mempunyai lensa 64MP wide, 50MP ultrawide serta 8MP periskop dan juga kamera hadapan 16MP.

Sumber Gambar: Metavertu

Antara kelebihan pemilik METAVERTU adalah mempunyai akses ciri dompet kripto, NFT dan juga akses eksklusif ke beberapa perkhidmatan Web3 yang diiklankan. Menariknya, pemilik juga boleh menjana pendapatan pasif kerana peranti tersebut berkemampuan melombong kriptowang Ethereum menerusinya.

Sumber Gambar: Metavertu

METAVERTU ditawarkan dengan pelbagai kemasan binaan eksotik seperti kulit buaya, kulit ular dan gentian karbon. Oleh itu ia ditawarkan pada harga bermula RM15,815 untuk versi Jade Black dan meningkat ke RM195,921 untuk versi buaya Himalaya dengan emas serta permata.

Sumber