Umum ramai yang mengetahui Sultan Johor merupakan antara ‘collector’ kereta terkenal di Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kenderaan klasik dan moden yang dijaga dengan rapi dalam garaj miliknya.

Semalam, DYMM Sultan Johor hadir ke majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kehadiran baginda bersama DYAM Tengku Mahkota Johor (TMJ) ke majlis tersebut telah mencuri tumpuan orang ramai apabila melihat Sultan Johor dan TMJ menaiki kereta jenama Genesis yang rare dan jarang ditemui di atas jalan raya Malaysia.

Genesis G90L adalah sebuah kereta limosin mewah yang dihasilkan oleh pembuat kereta mewah dari Korea, Genesis. Jenama tersebut merupakan divisi bahagian kenderaan mewah untuk Hyundai Motor Group sejak tahun 2015 lagi.

Model kereta limosin mewah ini baru sahaja diperkenalkan di Korea pada awal bulan Julai lalu hadir dengan dua fungsi standard iaitu ‘Genesis Adaptive Control Suspension’ yang mengutamakan keselesaan penumpang dan ‘Intelligent Front-Lighting System’ dapat mengawal lampu hadapan secara automatik.

Jika pemilik mahu kereta limosin mewah ini nampak lebih bergaya, Genesis memberikan pilihan untuk upgrade rim tayar menjadi saiz 19-inci.

vocket-sultan-johor-kereta-baharu-genesis-g90-1
Sumber Gambar: Laman Web Genesis.com
vocket-sultan-johor-kereta-baharu-genesis-g90-2
Sumber Gambar: Laman Web Genesis.com

Lebih menarik lagi, model Genesis G90 hadir dengan edisi khas ‘G90 Stardust’ yang hanya dibuat sebanyak 50 unit sahaja untuk pasaran Korea. Bahagian dalam kereta tersebut menggunakan material kulit dua-tona dan metallic pore Ash wood untuk menambah eksklusiviti kereta limosin mewah ini.

Melihat reka bentuk yang eksklusif dan premium, tidak hairanlah DYMM Sultan Johor memilih model kereta dari Korea ini menjadi kenderaan rasmi untuk baginda menghadiri majlis-majlis rasmi.

Ketika Toyota Supra baru diperkenalkan kepada dunia, Sultan Johor telah menjadi pemilik Toyota GR Supra pertama di Malaysia. Baca lebih lanjut di pautan di bawah.

Sultan Johor Berjaya Menjadi Pemilik Terawal Toyota GR Supra

Sultan Johor Kurniakan 10 Myvi Buat Jururawat Wad Diraja HSA Sebagai Tanda Penghargaan

Gambar Kereta ‘Rare’ Raih Perhatian TPJ, Ini Model Ford GT Terawal Sampai Di Malaysia