Tragedi gelap yang menimpa Malaysia beberapa tahun lalu kembali menghantui. Misteri kehilangan pesawat penumpang MH370 pada 2014 benar-benar mengejutkan ramai orang dan sehingga kini ia masih menjadi tanda tanya.

Terbaharu, pesawat penumpang yang hilang dari radar sejak March 2014 itu kembali trending di laman Twitter selepas salah seorang jurutera dan seorang pakar dari Britain mendakwa bahawa dia ‘yakin’ sudah menemui lokasi pesawat penumpang dari Malaysia itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan menggunakan teknologi pengesanan revolusioner, Richard Godfrey percaya pesawat jenis Boeing 777 yang dijadualkan mendarat di Beijing, China telah terhempas ke Lautan Hindi 2,000km di bahagian barat Perth, Australia, lapor BCC.

Laporannya mengatakan pesawat itu terhempas kira-kira satu minit selepas satelit terakhir direkodkan di Lautan Hindi. “Dengan teknologi baharu ini, data gelombang radio WSPRnet … semuanya menghala ke lokasi yang sama di Lautan Hindi,” kata Godfrey ketika ditemubual oleh Sky News.

Di media sosial netizen mula berharap bahawa dakwaan jurutera tersebut benar dan pesawat yang hilang sejak 7 tahun lalu kembali dijumpai. Selain itu, ia juga bakal menyelesaikan banyak misteri yang berkisar di sebalik kehilangan pesawat jenis Boeing 777.

PM Australia dedah kerajaan Malaysia tahu MH370 adalah jenayah bunuh diri. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Bekas PM Australia Dedah Kerajaan Malaysia ‘Tahu’ MH370 Adalah Jenayah Bunuh Diri

Laporan Siasatan MH370 Bakal Diumumkan Petang Ini

Gurauan Terakhir Kawan, Netizen Indonesia Kongsi Mesej Dengan Mangsa Tragedi Sriwijaya Air