Xiaomi Mi Mix jika diikutkan bukanlah sebuah smartphone paling laris dijual Xiaomi. Namun buat peminat telefon pintar, model ini antara model yang dinanti-nantikan inovasinya.

Xiaomi Mi Mix yang dilancarkan pada tahun lepas berjaya membuatkan model ini menjadi trendsetter buat beberapa pengeluar jenama smartphone lain. Penggunaan skrin dengan bezel yang minimum meliputi 91.3% bahagian hadapan smartphone jelas membuatkan smartphone ini tampil lebih elegen dan futuristik bersama pesaing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tahun ini, Mi Mix 2 bakal membawakan sebuah lagi teknologi terbaru yang belum pernah dilakukan smartphone lain sebelum ini.

Menggunakan terma ‘Cantilever piezoelectric ceramic’, Mi Mix 2 bakal disertakan dengan teknologi pengeluaran suara menerusi getaran daripada badannya yang dipenuhi ceramic seterusnya mengeluarkan output suara melalui skrin. Futuristik bukan?

Setakat ini teknologi ini masih lagi dalam pertimbangan Xiaomi dan kemungkinan bakal disertakan pada Xiaomi Mi Mix 2. Namun apa yang pasti, Mi Mix bakal menyertakan skrin 93% meliputi bahagian hadapan telefon. Dalam erti kata lain, anda bakal menerima sebuah smartphone dengan skrin yang hampir sama saiznya bersama rangkanya