Lama dinantikan peminat, akhirnya model smartband popular daripada Xiaomi yang hadir dengan generasi baharu telah mula ditawarkan buat pasaran tempatan secara dalam talian bermula hari ini.

Menerusi model terbaru ini, Xiaomi telah menawarkan beberapa kemas kini terbaru seperti pertambahan aktiviti sukan serta meningkatkan ketahanan bateri jam sehingga 14 hari.

OPEN-SALE-01

Mengulas mengenai spesifikasi, Xiaomi Mi Smart Band 5 hadir dengan skrin 1.1-inci AMOLED serta turut dilengkapi dengan seleksi watchface yang menarik. Sensor denyutan nadi pada model terbaru ini juga turut dipertingkatkan bagi memberi kadar bacaan yang lebih tepat.

Penawaran warna tali Mi Smart Band 5 yang pelbagai pastinya memudahkan pengguna untuk bergaya. Xiaomi Mi Smart Band 5 sedia untuk dipadankan bersama peranti Android dan iOS serta mulai ditawarkan buat pasaran Malaysia secara rasmi dengan harga RM169 bermula 24 Julai 2020.

Mi Smart Band 5_05

Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya di Shopee dan di Lazada. Sebuah smartband yang sangat berbaloi khususnya buat anda yang kerap bersukan bagi mengetahui kadar denyutan nadi serta jumlah kalori yang dibakar.

Ketahui juga dengan sebuah lagi produk daripada Xiaomi iaitu screwdriver mudah alih yang sangat minimal serta ditawarkan dengan harga mampu milik.

‘Screwdriver’ Mudah Alih Xiaomi Dengan Pengecasan USB-C Ini Ditawarkan Dengan Harga RM125

Kamera Xiaomi Mi Note 10 Berjaya Menjadi Antara Kamera Terbaik Menurut DxOMark

Anda Mungkin Suka