Tular sebuah video ucapan yang dimuat naik pelakon Mia Ahmad tentang penghijrahannya selepas berhenti bertugas di sebuah syarikat penerbangan terkemuka negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi Instagram Mia Ahmad, semasa bekerja di syarikat penerbangan, dia masih mencari dirinya yang sebenar.

Tambahnya, dia turut mengatakan dengan asas ilmu agama yang diberi oleh ibu bapa, perubahan besar akan memberi kesan dalam kehidupannya.

“Betul lah bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah buka kan jalan untuk kita. Selepas itu tak berhijab lagi tapi niat itu dah ada,” ujarnya di laman sosial Instagram miliknya.

Sementara itu, Mia juga cuba turut pergi beberapa casting dengan beberapa kerja TVC serta dapat beberapa tawaran untuk memegang watak utama.

Along the way tu iman turun naik juga rasa susah nak istiqomah. Inilah antara perjalanan kehidupan saya. Saya bukan suci malah jauh lagi nak jadi orang yang baik,” tambahnya lagi.

“Tapi big step yang saya ambil itu lah (hijrah) memberi saya satu arah dan tujuan sebenar kehidupan yang saya cari. Hidayah perlu dicari bukan ditunggu,” tulisnya.