Pernah terfikir tak macam mana agaknya rasa keropok dengan perisa sambal? Kalau nak cuba, salah satu perisa baharu keropok Miaow Miaow ada perisa sambal!

Miaow Miaow memperkenalkan empat pek perisa baharu yang menyelerakan di bawah siri ‘Flame’ yang merangkumi perisa Sambal Balado dan Keropok Udang Berperisa Kari BBQ, serta Keropok Udang dan Sotong Berperisa Pedas Korea.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Setelah beroperasi di Malaysia selama beberapa dekad dan berjaya melebarkan sayap hampir ke 40 buah negara, perisa baharu ini diperkenalkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk makanan ringan yang berperisa pedas di pasaran. Rugi jika anda tidak cuba,” pesan pengasasnya, adik beradik Chink Poh Cheng dan Chuang Poh.

Menurut analisis pasaran yang dijalankan di Asia Tenggara, perisa pedas adalah perisa kedua tertinggi dalam permintaan untuk makanan ringan yang baharu dikeluarkan dari Januari 2016 hingga Disember 2020 (Mintel GNPD).

4 perisa hebat siri flame daripada miaow miaow

Menjadi antara yang pertama mencuba keempat-empat perisa ini, kami setuju semuanya mempunyai rasa pedasnya yang tersendiri. Mungkin beberapa gigitan pertama anda akan rasa biasa tetapi percayalah, rasa pedasnya akan datang kemudian.

Pilihan kami adalah keropok Sambal Balado kerana rasanya pedas/unik dan Sotong Korean Spicy untuk rasa pedas dan manis.

Dari 1 April hingga 30 Jun 2022, Miaow Miaow turut menganjurkan peraduan di seluruh negara untuk penggemar-penggemar makanan ringan dan memberi peluang kepada mereka untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik seperti vakum Mop Pro Mi Robot, Steamboat Gril BBQ Cornell 2 dalam 1 dan banyak lagi yang bernilai sehingga RM6,500.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini. jadi dapatkan produk Miaow Miaow terutamanya 4 perisa baharu siri Flame ini di pasar raya berdekatan anda. Recommended!

Alang-alang bercerita tentang makanan, jom layan Vocket Makan dahulu dengan Bella Zahir.

Makan Gearbox Kedah Sampai Pening Kepala, Bella Ada PENGGANTI Hos Baharu?

Dari Kedah Ke Kuala Lumpur, Nasi Kandar D’ Home Cooked Memang ‘Surr’

Roti Canai Sotong TERANGKAT, Pekena Sepinggan Tak Cukup