Filem berdasarkan watak-watak DC Comics berjaya menempah kejayaan demi kejayaan – terima kasih kepada Wonder Woman, Aquaman dan Joker. Tetapi masih banyak persoalan mengenai masa hadapan DC Universe. Terutamanya tokoh terbesar mereka, Superman.

Berikutan laporan bahawa Henry Cavill akan menamatkan peranannya sebagai Superman, kini heboh bahawa peminat mahu peranan itu diambil oleh, Michael B. Jordan yang dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan Warner Bros.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jordan telah berbincang dengan pihak Warner Bros awal tahun ini mengenai keinginannya untuk watak itu. Walau bagaimanapun, Jordan dilaporkan mungkin terpaksa melupakan niatnya disebabkan komitmen yang lain.

https—hypebeast.com-image-2019-11-michael-b-jordan-warner-bros-superman-movie-01

Laporan lain pula menyebut bahawa pengambaran tidak mungkin akan berlaku dalam masa yang singkat disebabkan jadual Jordan yang penuh. Tambahan pula, ketiadaan pengarah dan skrip juga telah menjadi faktor mengapa ia akan terbantut.

Tetapi dikhabarkan bahawa Jordan tidak menutup mana-mana pintu rundingan kerana Superman hanya akan ditayangkan sekurang-kurangnya selepas 2023. Ini kerana WB khuathir penonton akan bosan dengan cerita Superman yang sama.

Tanggapan bahawa Superman sudah tidak relevan kepada penonton moden masih menjadi tanya tanya. Kerana kebanyakkan penonton sentiasa ternanti-nanti dengan filem Superman yang baharu. Apa yang WB boleh lakukan adalah dengan membawa kelainan di dalam filem ini dan dengan mengambil Jordan adalah antara kelainan yang cuba dibawa oleh mereka.

Berikut adalah cerita lain mengenai Superman untuk anda baca. Klik pautan di bawah untuk bacaan.

DC Comics Kalah Kes Hak Cipta ‘Superman’ Di Indonesia

Henry Cavill Tinggalkan DCEU, ‘Killmonger’ Mungkin Jadi Superman

Margot Kidder, Lois Lane Pertama Superman Meninggal Di Usia 69 Tahun

Sumber