Michael B. Jordan sekali lagi kembali memegang watak Adonis dalam filem terbaru sekuel Creed. Malah, pelakon ini ada berita baik untuk peminat filem ini iaitu penjualan barangan edisi terhad kolaborasi Creed II x Nike.

Pengumuman ini dibuat melalui laman Instagram beliau sendiri yang mengatakan terdapat beberapa barangan kolaborasi akan keluar sempena tayangan filem Creed II ini. Di samping itu, beliau juga turut menampilkan rekaan baju Nike cut-off top yang mempunyai tulisan Creed dan logo ikonik Swoosh yang berwarna merah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Koleksi kolaborasi Creed II x Nike ini bakal menemui peminat pada 15 November ini dan bakal dijual di butik pakaian Nike dan laman storan nike.com.

https://www.instagram.com/p/BqFvLm7g5C_/