Nampaknya keputusan bersara daripada industri seni oleh Michael Buble bukanlah pengakhiran buat segalanya, terbaharu beliau telah terpilih sebagai salah seorang ikon anak seni yang menerima bintang Hollywood Walk of Fame .

Ketika acara penerimaan bintang tersebut yang ditemani isterinya, kelihatan Michael menitiskan air mata kegembiraan ketika menyampaikan ucapan penghargaan untuk keluarganya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keputusan untuk berundur dari dunia seni dibuat oleh beliau untuk meluangkan lebih masa bersama anaknya yang menghidap kanser.

Sebelum berundur, beliau sempat merakamkan sebuah album terakhir sebagai hadiah perpisahan kepada peminatnya. Setakat ini kesemua 10 buah lagu terbaharunya sudah tersedia untuk ditonton di akaun YouTube Michael Buble.