Penyanyi berdarah kacukan Kanada-Itali, Michael Buble mengejutkan peminat dengan kenyataan bersara dari dunia seni nyanyian. Keputusan ini diambil bagi memberi tumpuan penuh kepada usaha merawat anaknya, Noah yang menghidap kanser.

Noah disahkan menghidap kanser hati semenjak 2016 yang lalu. Kenyataan ini disampaikan oleh beliau sendiri ketika diwawancara oleh pihak Daily Mail’s Weekend Magazine. Menurutnya, sehingga kini meluangkan masa dengan Noah akan menjadi keutamaanya sebagai seorang ayah.

471499066

Sebelum meninggalkan dunia seni, Michael Buble akan menghadiahkan peminatnya dengan album terbaharu yang berjudul ‘Love’ akan mula dijual pada 16 November nanti. Hasil jualan album tersebut difahamkan akan disumbangkan kepada dana untuk kempen kanser.

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →