Bagi peminat setia Batman, pasti masih ingat lakonan Michael Keaton sebagai Batman, filem pada tahun 1989 arahan Tim Burton.

batmang

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kali ini, beliau telah dipilih pula oleh Marvel untuk melakonkan watak jahat ‘The Vulture’ untuk filem ‘Spider-Man: Homecoming’. Watak Spider-Man tetap dipegang oleh Tom Holland dan Robert Downey Jr akan turut terbabit dalam filem ini.

The Vulture adalah watak yang dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko yang membuat kemunculan pertama dalam Amazing Spider-Man #2 (1963). Ada yang tidak berpuas hati dengan pemilihan watak The Vulture sebagai villain untuk filem Spider-Man itu nanti kerana watak The Vulture kurang popular berbanding musuh Spider-Man yang lain seperti Mysterio, Venom, Kingpin dan Rhino.

Spider-Man-and-The-Vulture

Michael Keaton pernah berlakon dalam filem Birdman sebelum ini. Mungkin disebabkan watak beliau dalam Birdman tidak lari jauh dengan The Vulture, Michael Keaton dipilih untuk watak ini. All the best buat Michael Keaton. Seorang lagi pelakon yang ‘melompat’ dari DC ke Marvel. Sebelum ini Ryan Reynolds; dari Green Lantern ke Deadpool.

Sumber