Jika semalam khabar angin mengatakan jenama mewah terkemuka dunia, Versace akan dibeli oleh jenama fesyen Michael Kors, hari ini perjanjian antara dua belah pihak termeterai apabila Versace sah menjadi milik Michael Kors dengan nilai $2.1 bilion (RM8.69 bilion).

Jenama yang diasaskan pada tahun 1978 oleh Gianni Versace ini melihat ianya langkah terbaik untuk jenama berkenaan yang mungkin sedang berhadapan dengan masalah jualan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BoJKjAiCZcm/?hl=en&taken-by=versace

Ini bukanlah jenama high fasion pertama yang dibeli oleh syarikat Michael Kors. Michael Kors pada tahun lalu berjaya mendapatkan syarikat kasut terkemuka iaitu Jimmy Choo Plc dengan nilai $1.2 bilion (RM4.96 bilion).

Ianya kini menjadi trend untuk jenama-jenama besar duduk di bawah satu parent company. Strategi ini sudah dilaksanakan oleh Moët Hennessy Louis Vuitton SE (LVMH) sejak tahun 1989 lagi di mana di bawah syarikat ini, 70 jenama terkemuka dunia (Dior, Givenchy Fendi etc) berada di bawah satu bumbung.

Menurut naib presiden dan juga adik kepada Gianni Versace, Donatella Versace berkata beliau mahukan jenama ini wujud selama-lamanya dan langkah ini diambil supaya jenama berkenaan tidak ‘mati’. Buat anda yang memakai beg tangan Michael Kors, beg tangan anda kini setaraf jenama mewah Versace.

Sumber