Menyebut tentang Michael Kors mungkin ramai peminat fesyen yang cukup mengenalinya. Malah, pameran terbaru Michael Kors ini turut mengundang beberapa selebriti negara untuk memeriahkannya.

Terbaru, jenama Michael Kors dilaporkan berminat untuk mendapatkan syarikat yang berpengkalan dari Itali iaitu Gianni Versace SpA atau lebih dikenali dengan jenama Versace dengan nilai $2 bilion (RM8.27 bilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pembelian syarikat Versace ini dikhabarkan bakal berlangsung seawal minggu ini selepas kedua-dua syarikat bersetuju dengan nilai yang dijanjikan.

Untuk pengetahuan anda, Michael Kors pada tahun lalu berjaya mendapatkan syarikat kasut terkemuka iaitu Jimmy Choo Plc dengan nilai $1.2 bilion (RM4.96 bilion).

FA17_THE_WALK_HORI_8

Pembelian jenama mewah ini sekaligus bakal memberi berita baik buat para peminat fesyen dalam menantikan kerjasama daripada hasil gabungan idea dua syarikat fesyen ikonik ini.

Sumber