Jenama kasut skate terkenal Vans kali ini bekerjasama dengan syarikat tayar yang berasal dari Perancis iaitu Michelin dengan mengeluarkan koleksi edisi terhad untuk model Sk8-Hi dan Old Skool.

Kedua-dua model kasut ini dihiaskan dengan rekaan checkerboard yang berwarna biru dan putih pada keseluruhan kasut ini bersama dengan logo muka Michelin Man di kawasan petak putih. Selain itu terdapat warna kuning terang dibahagian lidah kasut, garisan dalaman dan di bahagian foxing.

Kolabrasi antara Vans x Michelin sebenarnya dibuat sebagai promosi untuk pemanduan selamat dan kesedaran tentang tayar bunga botak. Untuk kolabrasi ini hanya 100 pasang kasut Michelin x Vans telah dihasilkan untuk kolabrasi ini. Kepada yang berminat anda boleh meryertai pertandingan Street Tread Michelin di media sosial seperti Instagram, Snapchat dan Twitter.

Cara-cara untuk menyertainya mudah sahaja, anda perlu memuat naik gambar cara penjagaan tayar beserta hashtag #StreetTreadContest. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh melayari beyondthedrivingtest.

vans-michelin-sk8-hi-old-skool-raffle-2