Nama Tan Sri Michelle Yeoh semakin meningkat selepas penampilan beliau dalam filem box office, ‘Crazy Rich Asian’. Menurut laporan yang dipetik dari The Malay Mail, beliau sekali lagi bakal mencipta fenomena dengan menjadi penerbit bersama filem yang diadaptasi dari buku yang penuh kontroversi, Billon Dollar Whale.

Beliau akan menjadi penerbit bersama di bawah naugan SK Global dan Ivanhoe Pictures yang juga merupakan penerbit filem ‘Crazy Rich Asian’. Jalan cerita yang diadaptasi dari buku tersebut bakal menampilkan kisah hidup usahawan terkenal dari Pulau Pinang, Jho Low yang terpalit dengan skandal 1MDB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penonton yang sudah menonton kehebatan filem ‘Crazy Rich Asian’ pastinya tidak sabar lagi untuk menantikan ‘Billion Dollar Whale’. Adakah ‘Billion Dollar Whale’ akan memecah rekod box office juga?