Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh telah dinobatkan menjadi pelakon Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Golden Globe yang berlangsung di The Beverly Hilton, Amerika Syarikat.

Aktres yang sering melakar sejarah gemilang dan membanggakan Malaysia itu telah meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal hasil keberkesanan filem lakonannya dalam Everything Everywhere All At Once.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pelakon kelahiran Ipoh itu berjaya menewaskan pencabar-pencabar lain seperti Lesley Manville (Mrs. Harris Goes To Paris), Anya Taylor-Joy (The Menu), Emma Thompson (Good Luck To You, Leo Grande) dan Margot Robbie (Babylon).

Sementara itu, Michelle merupakan pelakon Asia kedua yang memenangi kategori pelakon terbaik selepas dimenangi oleh Awkwafina iaitu pelakon berasal dari Amerika Syarikat kacukan Cina tiga tahun lalu menerusi filem lakonannya, The Farewell.

Selain Awkwafina, anugerah tersebut turut mencalonkan persaing Asia termasuklah Machiko Kyo (The Teahouse of the August Moon – 1956), Miyoshi Umeki (Flower Drum Song – 1961), Yvonne Elliman (Jesus Christ Superstar – 1973), Hailee Steinfeld (The Edge of Seventeen – 2016) yang berketurunan Filipina dan Constance Wu (Crazy Rich Asians) pada 2018.

Untuk makluman, pelakon berusia 60 tahun itu mula melonjak naik sehingga ke antarabangsa apabila beliau berlakon bersama Pierce Brosnan dalam filem Bond 1997, Tomorrow Never Dies.

Dalam pada itu, rata-rata rakyat Malaysia di laman Twitter bangga dengan pencapaian Michelle Yeoh, bahkan mengatakan beliau boleh memenangi anugerah Oscar suatu hari nanti.

Sejak empat dekad lalu, Yeoh telah membintangi lebih 70 filem serta menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam seni halus daripada Institut Filem Amerika (AFI) di Los Angeles, California, Ogos lalu.