Michelle Yeoh secara rasminya adalah pelakon Malaysia dan Asia pertama yang dicalonkan untuk ‘Pelakon Wanita Terbaik’ di Anugerah Akademi tahun ini.

Beliau kini sedang menikmati puncak tertinggi karier beliau dalam bidang lakonan.

Yeoh, berusia 60 tahun telah dicalonkan untuk persembahan luar biasa dalam filem fiksyen sains Everything Everywhere All At Once (2022).

Dalam filem yang mendapat pujian meluas itu, Yeoh memainkan watak Eleanor Wong, seorang pemilik kedai dobi yang mengembara melalui pelbagai multiverse.

Yeoh bakal bersaing untuk merebut anugerah tersebut bersama Ana De Armas dalam Blonde (2022), Andrea Risenborough dalam To Leslie (2022), Michelle Williams dalam The Fablemans (2022), dan pemenang Oscar dua kali Cate Blanchett dalam Tar (2022).

Awal bulan ini, Yeoh berjaya memenangi Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Komedi atau Muzikal untuk peranan yang sama, menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya melakukannya.