Sebut mengenai syarikat gergasi teknologi seperti Microsoft, Amazon dan Google pasti orang ramai sudah cukup mengenalinya. Berjaya menjadi antara syarikat paling bernilai dunia berjaya menunjukkan betapa hebatnya syarikat ini dalam menawarkan servis kepada orang ramai.

Terbaharu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin pada sesi soal jawab Town Hall telah mengumumkan ketiga-tiga syarikat gergasi ini dilaporkan berminat untuk membantu Malaysia dalam bidang teknologi supaya negara ini menjadi pusat serantau atau regional hub.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
PTJ04_06042020_PM
Sumber: The Star

Berdasarkan ulasan Perdana Menteri, negara Malaysia dilaporkan masih tidak mempunyai internet yang efisien di sesetengah tempat sehingga terdapat Rakyat Malaysia yang terpaksa memanjat pokok demi mendapatkan rangkaian internet.

Menerusi kerjasama yang sedang dibincangkan, Perdana Menteri berharaf urusan pentadbiran berkaitan penjawat awam juga akan menjadi lebih mudah. Pastinya agak menarik untuk menyaksikan bagaimana syarikat teknologi gergasi global sedia untuk membantu Malaysia.

Tular pada minggu ini apabila Apple memilih untuk menyekat permainan Fortnite di App Store sekaligus menjurus kepada video berunsur perli daripada syarikat Epic Games.

Disekat Kerana Langgar Peraturan, Fortnite Hadir Dengan Video ‘Perli’ Iklan Apple

Rakyat Malaysia Lebih Cenderung Gunakan Google Maps Berbanding Waze

Sumber