Seorang hacker bernama Jakub didapati bersalah kerana menciplak perisian Windows dan perisian lain. Dia dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan denda yang berat iaitu 5.7 juta koruna (RM944,565) oleh mahkamah Czech. Dia tidak mampu membayar denda dan syarikat-syarikat yang menyamannya – Microsoft, HBO, SOny Music, dan 21st Century Fox – telah membuat satu tawaran menarik.

+ Dapatkan barangan Microsoft yang sah dan berkualiti di gedung Lazada

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jakub hanya perlu membayar jumlah denda yang kecil sekiranya dia membuat satu video anti-piracy dan video tersebut mendapat sekurang-kurangnya 200,000 tontonan.

Jurucakap Business Software Alliance, yang mewakili Microsoft, bercakap kepada BBC mereka membuat syarat 200,000 tontonan untuk memastikan Jakub berkongsi video tersebut secara meluas.

Jakub berkata dalam laman web Czech:

Selama 8 tahun, saya menyebarkan perisian lanun dan kantoi. Saya fikir saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya fikir perbuatan saya tidak merosakkan syarikat-syarikat besar. Saya tidak melakukannya kerana duit, saya melakukan kerana suka.

Video yang bertajuk “The Story of my Policy” menarik untuk ditonton ibarat menonton kisah jenayah sebenar. Jakub telah berjaya – video itu bukan saja melepasi 200,000 tontonan tapi sekarang ia melebihi 1,031,000 tontonan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram